Jambatan Verrazano-Narrows

Jambatan Verrazano-Narrows
Verrazano Narrows Bridge
Jambatan Verrazano-Narrows yang dilihat ke arah Staten Island dari Brooklyn.
Maklumat umum
EtimologiGiovanni da Verrazzano (mul)
Membawa12 lorong (6 lorong di tingkat atas dan 6 lorong di tingkat bawah) I-278
Diselenggarakan olehMTA Bridges & Tunnels
Nombor IDNY000000005521217 dan NY000000005521218
Tapak sesawanghttp://web.mta.info/bandt/html/veraz.html
Ciri-ciri
Reka bentukJambatan gantung dua tingkat
BahanKelulikonkrit
Panjang keseluruhan ()4,176 m
Tinggi ()211 m
Rentangan terpanjang4,260 kaki (1,298 m)
Kelegaan atas ()15 kaki (4.57 m) (tingkat atas)
14.4 kaki (4.39 m) (tingkat bawah)
Kelegaan bawah ()228 kaki (69.5 m) bagi purata ketinggian air
Sejarah
Mula dibina pada1964
Dibuka pada21 November 1964 (1964-11-21) (tingkat atas)
28 Jun 1969 (1969-06-28) (tingkat bawah)
Dirasmikan21 November 1964 dan 28 Jun 1969
Perangkaan
Lalu lintas harian189,962 (2008)
Tol(Westbound Only, setakat 30 Disember 2010) Kereta $13.00/$9.60 dengan E-ZPass yang diperoleh daripada pihak berkuasa negeri New York (untuk warga Staten Island: E-ZPass $5.76; Perkongsian kereta (tiket prabayar): $2.68); Trak $17.32 + $11.04/Gandar lebih dua dengan E-ZPass daripada pihak berkuasa negeri New York, $26.00 Cash + $16/Gandar lebih daripada dua.
Maklumat lokasi
LokasiBandaraya New York (Staten IslandBrooklyn)
NegaraAmerika Syarikat
MenyeberangiThe Narrows
40°36′23″N 74°02′44″W / 40.6064°N 74.0456°W / 40.6064; -74.0456
sunting · sunting di Wikidata

Jambatan Verrazano-Narrows adalah jambatan gantung dua tingkat yang menghubungkan borough Staten Island dan Brooklyn di Bandaraya New York iaitu menyeberang selat The Narrows. Ia menghubungkan hulu teluk dengan hilir teluk.

Jambatan ini dinamakan sempena dua orang penjelajah Perancis berketurunan Itali, Giovanni da Verrazzano, penjelajah Eropah pertama yang diketahui memasuki Pelabuhan New York dan Sungai Hudson serta perairan yang dilintasinya iaitu The Narrows. Ia mempunyai rentangan pusat sepanjang 4260 kaki (1298 m) yang menjadikannya jambatan gantung terpanjang di dunia ketika jambatan ini disiapkan pada tahun 1964 sehinggalah ia diatasi oleh Jambatan Humber di United Kingdom pada tahun 1981. Walau bagaimanapun, Jambatan Verrazano-Narrows masih lagi jambatan gantung terpanjang di benua Amerika. Menara-menara jambatan ini boleh dilihat di sebahagian besar kawasan metropolitan New York termasuklah di kesemua lima borough Bandaraya New York.