Bangunan terpelihara
Bangunan terpelihara atau struktur terpelihara adalah salah satu daftar yang diletakkan dalam empat senarai berkanun yang disenggarakan oleh Historic England di England, Alam Sekitar Bersejarah di Scotland, Cadw di Wales dan Agensi Alam Sekitar Ireland Utara. Istilah tersebut juga digunakan di Republik Ireland, iaitu bangunan-bangunan yang dilindungi di bawah Akta Perancangan dan Pembangunan 2000. Istilah berkanun yang diguna pakai di negara itu ialah "struktur terlindung".
Suatu bangunan terpelihara tidak boleh diruntuhkan, diperbesar, atau diubah suai tanpa keizinan khusus dari pihak berkuasa perancangan tempatan yang biasanya merujuk kepada badan kerajaan atau pemerintah pusat yang berkaitan, terutamanya untuk perubahan ketara kepada bangunan terpelihara yang lebih terkenal. Di England dan Wales, persatuan kemudahan negara hendaklah dimaklumkan bagi sebarang kerja di bangunan terpelihara, yang melibatkan sebarang unsur perobohan.