Jambatan Laut Bandra–Worli
Bandra-Worli Sea Link
| |
|---|---|
Pemandangan Jambatan Bandra Fort
| |
| Coordinates | 19°02′11″N 72°49′02″E / 19.0364°N 72.8172°E |
| Bilangan Lorong | 8 lorong (4 lorong bagi setiap arah). |
| Menyeberangi | Teluk Mahim |
| Lokasi | Mumbai, Maharashtra, India |
| Nama rasmi | Rajiv Gandhi Sea Link |
| Pemilik | Kerajaan Negeri Maharashtra |
| Diselenggarakan oleh | Perbadanan Pembangunan Jalan Negeri Maharashtra (MSRDC) |
| Ciri-Ciri Jambatan | |
| Reka bentuk | Rentang utama bertipe jambatan kabel penahan, dengan jejambat konkrit-keluli pratuang di kedua-dua hujungnya. |
| Panjang keseluruhan | 5.6 KM (3.5 mi) |
| Tinggi | 126 metres (413 ft) |
| Sejarah | |
| Reka bentuk kejuruteraan oleh | Seshadri Srinivasan |
| Dibina oleh | Hindustan Construction Company (HCC India) |
| Mula dibina pada | 2000 |
| Siap dibina pada | 30 June 2009 |
| Dibuka pada | 24 March 2010 |
| Perangkaan | |
| Toll | ₹85 (98¢ US) Kereta ₹110 (US$1.30) Kenderaan komersial ringan ₹145 (US$1.70) Kenderaan Berat |
| Lokasi | |
Jambatan Laut Bandra–Worli (secara rasmi dikenali sebagai Jambatan Laut Rajiv Gandhi ) ialah jambatan kabel penahan sepanjang 5.6 km dengan 8 lorong yang menghubungkan Bandra di Pinggir Barat Mumbai dengan Worli di Mumbai Selatan. Ia merupakan jambatan laut kedua terpanjang selepas Pautan Trans Harbour Mumbai dan jambatan kelima terpanjang di India selepas Jambatan Rentas Pelabuhan Mumbai, Jambatan Bhupen Hazarika, Jambatan Sungai Dibang, dan Mahatma Gandhi Setu. Jambatan ini juga mengandungi jejambat konkrit-keluli prategasan di kedua-dua hujungnya.. Ia dirancang sebagai sebahagian daripada Lebuh Raya Barat yang dicadangkan untuk menghubungkan Pinggir Barat ke Nariman Point di kawasan perniagaan utama Mumbai, tetapi kini dirancang untuk menjadi sebahagian daripada Jalan Pesisir ke Kandivali.
Jambatan sepanjang 5.6 km (3.5 mi) ini telah diamanahkan oleh Perbadanan Pembangunan Jalan Negeri Maharashtra (MSRDC), dan dibina oleh Hindustan Construction Company. Empat lorong pertama daripada lapan lorong jambatan ini dibuka kepada orang awam pada 30 Jun 2009. Kesemua lapan lorong telah beroperasi pada 24 Mac 2010.
Jambatan laut ini mengurangkan masa perjalanan antara Bandra dan Worli semasa waktu puncak dari 20 – 30 minit kepada 10 minit. Setakat 2018 , BWSL mempunyai purata trafik harian sekitar 32,312 kenderaan.