Jambatan Hong Kong–Zhuhai–Macau
| Jambatan Hong Kong–Zhuhai–Macau | |
|---|---|
港珠澳大橋 | |
| Maklumat umum | |
| Membawa | 6 lorong Lebuhraya Lingkaran Sungai Mutiara G94 |
| Diselenggarakan oleh | Hong Kong-Zhuhai-Macao Bridge Authority (en) |
| Tapak sesawang | hzmb hzmb www |
| Ciri-ciri | |
| Reka bentuk | Sistem jambatan dan terowong bersepadu |
| Panjang keseluruhan () | 55 kilometer (34 bt) |
| Lebar () | 42 m |
| Tinggi () | 42 m |
| Rentangan terpanjang | 460 m |
| Bilangan rentangan | 3 |
| Bilangan lorong | 6 |
| Hayat reka bentuk | 120 years |
| Sejarah | |
| Pereka bentuk | Meng Fanchao (孟凡超) |
| Reka bentuk kejuruteraan oleh | Lin Ming (林鸣) |
| Dibina oleh | CCCC Highway Consultants (China) (en) , COWI (en) , AECOM, China Communications Construction, Shanghai Tunnel Engineering Rail Transit Design & Research Institute (en) |
| Mula dibina pada | 15 Disember 2009 |
| Siap dibina pada | 6 Februari 2018 |
| Biaya pembinaan | ¥ 126.9 bilion ($ 19.67 bilion) |
| Dibuka pada | 24 Oktober 2018, 9.00 pagi UTC+8 |
| Dirasmikan | 23 Oktober 2018 oleh Xi Jinping, Presiden China |
| Perangkaan | |
| Tol | 150, 200, 300, 60, 115 dan 0 |
| Maklumat lokasi | |
| Lokasi | Delta Sungai Mutiara |
| Negara | Republik Rakyat China |
| Menyeberangi |
|
| 22°16′55″N 113°46′30″E / 22.282°N 113.775°E | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Jambatan Hong Kong–Zhuhai–Macau merupakan rangkaian jambatan dan terowong berukuran 55-kilometer (34 bt) yang terdiri daripada tiga batang jambatan kabel pancang, sebatang terowong bawah laut, dan empat buah pulau buatan. Ia merupakan lintasan laut yang terpanjang di Bumi. Jambatan ini menjangkau saluran Lingding dan Jiuzhou, menghubungkan Hong Kong, Macau, dan Zhuhai—tiga bandar besar di Delta Sungai Mutiara.
Jambatan Zhuhai direka untuk bertahan selama 120 tahun dan menelan belanja 126.9 bilion yuan (US$ 18.77 bilion). Kos pembinaan Jambatan Utama dianggarkan pada kira-kira 51.1 bilion yuan (US$ 7.56 bilion), dibiayai oleh pinjaman dair bank dan dibahagikan sesama kerajaan-kerajaan Tanah Besar China, Hong Kong dan Macau.
Asalnya hendak dibuka kepada lalu lintas pada lewat tahun 2016, strukturnya hanya siap pada 6 Februari 2018 kemudian wartawan diberi jelajah sepanjang jambatan. Pada 24 Oktober 2018, Jambatan Zhuhai telah dibuka kepada orang ramai selepas dirasmikan sehari sebelumnya oleh Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping.