Jalan Pintasan Rawang

Laluan Persekutuan Malaysia 37
Jalan Pintasan Rawang
جالن ڤينتسن راوڠ
Maklumat laluan
Panjang9.0 km (5.6 mi)
Wujud2005–kini
SejarahSiap pada tahun 2017
Simpang utama
Hujung utaraPersimpangan Serendah Selatan
Persimpangan utama LP 1 Jalan Persekutuan 1
LP 1 Lebuhraya Rawang
Hujung selatanPersimpangan Taman Rimba Templer
Lokasi
Destinasi
utama
Kuala Kubu Bharu
Rasa
Batang Kali
Antara Gapi
Serendah
Bukit Beruntung
Bukit Sentosa
Bandar Baru Selayang
Selayang
Batu Caves
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info jalan raya dengan parameter "complete" yang tidak diketahui

Jalan Pintasan Rawang (bahasa Inggeris: Rawang Bypass), Jalan Persekutuan 37 juga dikenali sebagai Lebuhraya Rawang–Serendah, merupakan sebatang lebuh raya pintasan berkembar biayaan persekutuan di Rawang, Selangor, Malaysia. Lebuh raya sepanjang 9 km ini dibuka kepada lalu lintas pada 28 November 2017 jam 9.00 pm. Pembinaan Jalan Pintasan Rawang berharga RM628 juta bermula pada 16 Julai 2005 dan siap pada 21 November 2017. Ia menampilkan sebatang jejambat sepanjang 2.7-km dengan tiang tertingginya berukuran 58.2 meter.

Jalan Pintasan Rawang FT37 dibina bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Persekutuan 1 di pusat bandar Rawang. Adalah dilaporkan bahawa masa perjalanan dari Serendah ke Selayang melalui via the Jalan Kuala Lumpur–Ipoh FT1 boleh memakan masa sehingga 2 jam susulan masalah kesesakan serius di pusat bandar Rawang. Jalan Pintasan Rawang FT37 membantu mengurangkan masa perjalanan kepada hanya 30 minit.