Antara Gapi

Antara Gapi, Selangor
Penempatan
Persiaran Antara Gapi
Kedudukan dalam Daerah Hulu Selangor dan Negeri Selangor
Antara Gapi, Selangor
Antara Gapi, Selangor
Antara Gapi, Selangor
Koordinat: 3°28′N 101°38′E / 3.467°N 101.633°E / 3.467; 101.633
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahHulu Selangor
Aras
262 ft (80 m)
Zon waktuUTC+8 (MYT)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Not observed)
ZIP code
48200
Kod kawasan3-6081

Antara Gapi ialah sebuah pertumbuhan terancang yang terletak di Serendah, Selangor, lebih kurang 29 kilometer (18 bt) utara dari Kuala Lumpur dan 17 kilometer (11 bt) dari Genting Highlands. Antara Gapi ditubuhkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Antara Gapi termasuk dalam mukim Serendah (mukim), Hulu Selangor. Terdiri daripada 1,947 buah rumah dan 111 unit kedai, Antara Gapi merupakan salah satu daripada kawasan perumahan terancang terbesar di Serendah dan Hulu Selangor. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus memajukan Antara Gapi dan mempunyai pelan masa depan strategik buat Antara Gapi.

Antara Gapi merupakan sebuah kawasan pertumbuhan yang agak baharu. Bermulanya pada awal tahun 1998, PKNS memasuki tapak bagi kerja-kerja pembangunan yang dibahagikan kepada 6 seksyen.