Jadual berkala
Jadual berkala unsur kimia menghimpunkan unsur-unsur kimia yang diketahui dalam bentuk jadual. Unsur-unsur ini disusun menurut struktur elektron agar kebanyakan sifat kimia berubah secara tetap sepanjang jadual. Setiap unsur disenaraikan menurut nombor atom dan simbol kimia.
Jadual ini mula-mulanya diperkenalkan oleh Dmitri Mendeleev, seorang ahli kimia dari Rusia yang menghimpunkan unsur-unsur untuk menunjukkan ciri-ciri unsur itu yang berulang ("berkala") mengikut jadual. Jadual ini telah diperbaiki mengikut peredaran masa, selaras dengan penemuan unsur baru serta penghasilan teori baru mengenai unsur-unsur.
Jadual piawaian membekalkan asas yang diperlukan. Terdapat juga kaedah lain memaparkan unsur kimia untuk lebih terperinci atau sudut pandangan lain.