Isyariana Che Azmi

Isyariana Che Azmi
عشارينا چي عزمي
Isyariana bersama Amar Baharin.
Kelahiran
Isyariana binti Che Azmi

(1990-10-31) 31 Oktober 1990
PekerjaanPelakon, Penyanyi
Tahun aktif2014–kini
TelevisyenAkademi Fantasia (2016)

Isyariana Che Azmi (lahir 31 Oktober 1990) merupakan seorang pelakon dan penyanyi Malaysia dan juga bekas peserta Akademi Fantasia 2016. Beliau mempunyai diploma di dalam bidang Seni Bina dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang. Berita Harian. Diperoleh pada 25 Jun 2018. Beliau mula terkenal dengan watak Lisa dalam siri drama terpanjang iaitu Hati Yang Dikhianati.