Istana Kota Manggalela
| Istana Kota Manggalela | |
|---|---|
| Nama alternatif | Istana Manggalela |
| Maklumat umum | |
| Jenis | Istana |
| Gaya seni bina | Seni bina jajahan |
| Lokasi | Kuala Belait, Daerah Belait |
| Negara | Brunei |
| Koordinat | 4°35′49.14″N 114°15′6.22″E |
| Pembinaan bermula | 1956 |
| Butiran teknikal | |
| Bahan | Konkrit, simen |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Istana Kota Manggalela (juga dikenali sebagai Istana Manggalela) atau dahulunya dikenali sebagai Istana Hinggap adalah salah satu kediaman rasmi sementara bagi Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang terdahulu, Omar Ali Saifuddien III. Istana ini terletak di Jalan Maulana, Kuala Belait, Belait. Bangunan ini telah menjadi tarikan pelancong dan tapak bersejarah pada masa kini.