Istana Bruce
| Istana Bruce | |
|---|---|
| Etimologi | kerabat Bruce |
| Maklumat umum | |
| Jenis | Rumah manor, muzium tempatan, kawasan pemuliharaan, muzium pihak berkuasa tempatan |
| Lokasi | Lordship Lane, Haringey |
| Alamat | Lordship Lane, Tottenham, London, N17 8NU |
| Negara | United Kingdom |
| Koordinat | 51°35′57″N 0°4′31″W |
| Rujukan Grid Kebangsaan | TQ 33396 90676 |
| Pembinaan bermula | 1684 |
| Maklumat lain | |
| https://www.brucecastle.org/ | |
Bangunan terpelihara – Gred I | |
| Ditetapkan | 22 Julai 1949 |
No. rujukan | 1358861 |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Istana Bruce (dahulunya Rumah Lordship) ialah sebuah rumah manor terpelihara Gred I dari kurun ke-16 yang terletak di Lordship Lane, Tottenham, London. Istana kota ini dinamakan sempena kerabat Bruce yang dahulunya memiliki tanah di mana bangunan ini dibina. Dipercayai berdiri di atas tapak bangunan terdahulu yang kurang diketahui, rumah semasa ini adalah salah satu rumah bata Inggeris tertua yang masih ada. Ia telah diubah suai pada abad ke-17, ke-18 dan ke-19.
Rumah itu telah menjadi kediaman kepada Sir William Compton, Baron Coleraine dan Sir Rowland Hill, antara lain. Selepas berkhidmat sebagai sekolah pada kurun ke-19, apabila sambungan besar dibina di barat, ia telah ditukar menjadi muzium yang meneroka sejarah kawasan yang kini membentuk Boro London Haringey, dan dengan hubungan kuat bersama Sir Rowland Hill, sejarah Royal Mail. Bangunan ini juga menempatkan arkib Boro Haringey. Sejak tahun 1892, perkarangan istana kota itu telah menjadi taman awam, yang tertua di Tottenham.