Ismen Nadim bin Isam

Ismen Nadim bin Isam
Nama lahirIsmen Nadim bin Isam
Kelahiran (1969-04-28) 28 April 1969
Kota Tinggi, Johor
GenreNasyid
PekerjaanPenyanyi
Alat muzikSuara
Tahun aktif1997
Kegiatan berkaitanKumpulan Hijjaz
sunting ยท sunting di Wikidata

Ismen Nadim bin Isam yang dikenali sebagai Isman merupakan salah seorang anggota kumpulan Hijjaz yang merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid. Beliau merupakan anggota Hijjaz yang paling tua dan mempunyai dua nama pena iaitu Manis Alia dan Manis Helma. Beliau telah dilahirkan pada (1969-04-28) 28 April 1969 dan merupakan anak jati Kota Tinggi, Johor.

Antara hobi beliau ialah mencipta lagu dan menunggang motosikal berkuasa tinggi. Beliau juga amat menggemari makanan yang pedas dan gulai kicap. Selain menyanyi, beliau turut berkebolehan dalam menerbit, menggubah lagu, menulis lirik dan bermain alat muzik percussion. Antara lagu yang dicipta oleh beliau ialah Kasih Kekasih (In-Team), Hanya Tuhan Yang Tahu (UNIC), Jalinan (UNIC), Demi Cinta Suci (UNIC), Remaja (UNIC), Insan Bernama Kekasih (UNIC), Mahar Cinta (Devotees) dan Tika Dinihari (Devotees).