Ismail Hussein
Tan Sri Profesor Emeritus Dato' Pendita Dr Ismail bin Hussein (30 Januari 1932 – 20 Oktober 2014) ialah seorang ahli akademik dan aktivis sastera Malaysia. Beliau juga ialah bekas Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dari 1971 hingga 2013.
Ismail Hussein | |
|---|---|
Rektor Universiti Indonesia menyerahkan piagam kepada Dato' Ismail Husein pada majlis pengurniaan ijazah kehormatnya | |
| Kelahiran | 30 Januari 1932 |
| Meninggal dunia | 20 Oktober 2014 (umur 82) |
| Pekerjaan | Ahli Akademik, Aktivis Sastera Malaysia, Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional |
| Tahun aktif | 1971–2013 |
Abangnya Dato' Abdullah Hussain seorang pengarang yang diangkat sebagai Sasterawan Negara, manakala adiknya Dato' Ibrahim Hussein masyhur sebagai seorang pelukis antarabangsa.