Ismail Hashim
Haji Ismail bin Haji Muhammad Hashim (dalam Jawi: حاج إسماعيل بن حاج محمد هاشم) atau lebih dikenali dengan 'Ustaz Ismail Hashim" (Lahir pada 16 April 1932 -6 Ogos 1996) merupakan qari ulung negara yang telah dinobatkan sebagai Johan Qari Peringkat Kebangsaan sebanyak sembilan kali dan 8 kali menjadi johan di tilawah peringkat antarabangsa. Beliau juga merupakan guru al-Quran dan agama.
Ustaz al-Maqari Haji Ismail bin Hashim Qari Negeri Kedah | |
|---|---|
حاج إسماعيل بن حاج محمد هاشم | |
| Kelahiran | Ismail bin Hashim 16 April 1932, 10 Zulhijjah 1350 |
| Meninggal dunia | 6 Ogos 1996, 16 Rabiulakhir 1417
(64 Tahun) |
| Sebab kematian | Serangan Jantung |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru, Masjid al-Ghufran, Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah. |
| Warganegara | Malaysia |
| Pendidikan | Sekolah Melayu Kedawang, Langkawi, Sekolah Melayu Air Hitam, Kubang Pasu seterusnya ke Maktab Mahmud, Alor Setar |
| Pekerjaan | Guru Agama di Sekolah Kebangsaan Yan Nazir bagi sekolah |
| Terkenal kerana | Terkenal kerana Johan Qari Antarabangsa sebanyak 8 kali dan Kebangsaan sebanyak 9 kali. |
| Anak-anak | 7 Orang |
| Ibu bapa | Ustaz Muhammad Hashim bin Musa (Qari Kedah) Hajah Embun binti Salleh |
| Anugerah | Johan Setia Mahkota (J.S.M)
Ahli Mangku Negara (A.M.N) oleh Yang di-Pertuan Agong serta pingat Setia DiRaja Kedah (S.D.K), Perkhidmatan Setia Kedah (P.C.K), Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) oleh DYMM Sultan Kedah dan Raja Perlis. Tokoh Qari Sepanjang Zaman 2024 |