Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
| IPG Kampus Bahasa Antarabangsa Institute of Teacher Education, International Languages Campus | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Lembah Pantai, Kuala Lumpur | |
| Maklumat | |
| Moto | "Where Passion for Teaching Begins" |
| Ditubuhkan | April 2000 |
| Jumlah penuntut | Kursus Persediaan &Ijazah Sarjana Muda |
| Pengarah | Dr. Hanani Binti Harun Rasit |
| Timbalan Pengarah | Dr. Noor Mazni binti Abdul Karim |
| Hal Ehwal Pelajar | Rohimi bin Jamel |
| Laman sesawang | http://ipgkba.moe.edu.my/ |
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa ataupun dalam Bahasa Inggeris Institute of Teacher Education, International Languages Campus merupakan salah sebuah institut pengajian tinggi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjalankan kursus-kursus perguruan peringkat sijil, diploma dan ijazah. Institut Pendidikan Guru ini ditubuhkan khas untuk bakal guru yang akan mengajar subjek bahasa Inggeris atau TESL. Institut ini juga menawarkan kursus lain seperti Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Kajian Sosial, Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Matematik, dan Pendidikan Seni Visual selain kursus-kursus pendek yang lain.