Institut perguruan
Institut perguruan atau institut pendidikan guru ialah sebuah institusi yang ditubuhkan untuk melatih guru-guru dengan mengajar mereka norma-norma pedagogi dan kurikulum. Di Amerika, sebelum ini institusi ini dipanggil sebagai kolej penormaan atau sekolah penormaan (bahasa Inggeris: normal school, lit. 'sekolah norma'). Namun kini ia telah dipanggil sebagai kolej latihan perguruan atau kolej guru. Di Mexico, ia terus digunakan dengan istitusi yang dipanggil normalistas.