Inspektor Tentera Laut
| Inspektor Tentera Laut Jerman | |
|---|---|
| Inspekteur der Marine | |
Panji-panji Inspektor Tentera Laut | |
Penyandang Vizeadmiral Jan Christian Kaack sejak 22 Januari 2022 | |
| Menteri Pertahanan Persekutuan | |
| Singkatan | InspM |
| Anggota bagi | Tentera Laut Jerman |
| Lapor kepada | Inspektor Jeneral Bundeswehr |
| Pelopor | Oberkommando der Marine |
| Tapak web | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Inspektor Tentera Laut (Jerman: Inspekteur der Marine) adalah Panglima Tentera Laut Jerman bagi Angkatan Tentera moden Jerman, iaitu Bundeswehr. Jawatan ini setaraf dengan Ketua Operasi Tentera Laut Amerika Syarikat, Ketua Turus Tentera Laut British dan Panglima Tentera Laut Malaysia. Semenjak pelbagai badan yang bertanggungjawab bagi pemerintah tertinggi Tentera Laut Jerman digabungkan pada tahun 2012, Inspektor telah ditempatkan di Markas Tentera Laut di Rostock. Sebelum itu, Inspektor adalah ketua Staf Tentera Laut di Kementerian Pertahanan, yang berpangkalan di Bonn. Kedua-dua Inspektor dan timbalannya memegang pangkat Laksamana Madya (Jerman: Vizeadmiral).
Inspektor bertanggungjawab bagi persiapan kakitangan dan material dalam Tentera Laut Jerman, didalam hal ini beliau melapor terus kepada Menteri Pertahanan Persekutuan. Inspektor mengepalai Markas Tentera Laut; bagaimanapun, jabatan-jabatan bawahan tentera laut dipimpin oleh ketua masing-masing di Markas Tentera Laut dan tidak melapor terus pada Inspektor. Inspektor terletak dibawah Inspektor Jeneral Bundeswehr dan merupakan seorang ahli Majlis Pertahanan bagi hal ehwal keseluruhan Bundeswehr.
Penyandang jawatan Inspektor terkini ialah Jan Christian Kaack.