Imperialisme bahasa

Imperialisme bahasa melibatkan pemindahan sesebuah bahasa paling berpengaruh kepada bangsa-bangsa lain. Pemindahan ini pada dasarnya merupakan penyerlahan kuasa, bukan sahaja melalui kuasa ketenteraan, bahkan juga kuasa ekonomi, maka ciri-ciri budaya paling berpengaruh turut dipindahkan bersama bahasa itu.

Sejak awal 1990-an, teori imperialisme bahasa telah menarik perhatian di kalangan para ahli linguistik gunaan. Terutama sekali, buku keluaran tahun 1992 berjudul Linguistic Imperialism oleh Robert Phillipson yang cukup berpengaruh, yang mana Phillipson mengkaji pengecaman imperialisme bahasa seawal pembidasan British Council oleh rejim Nazi dan penilaian Kesatuan Soviet mengenai bahasa Inggeris sebagai bahasa kapitalisme dan penguasaan dunia, telah mencetuskan perbahasan mengenai kelebihan dan kekurangan teori ini.

Imperialisme bahasa juga sering dilihat dalam konteks imperialisme kebudayaan.