Impak Maksima

Impak Maksima
PengarahAhmad Idham
Dihasilkan olehAhmad Idham
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMetrowealth Pictures
Tarikh tayangan
  • 23 Ogos 2007 (2007-08-23)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.53 juta
Pecah panggungRM 2.06 juta

Impak Maksima ialah sebuah filem aksi permotoran Malaysia 2007 yang bertemakan aksi lumba kereta haram yang melibatkan teknik drifting. Filem arahan Ahmad Idham yang membariskan bintang muda termasuk Awal Ashaari dan Cat Farish serta pelakon terkenal Eizlan Yusof ini ditayangkan di 59 buah pawagam Malaysia dan Brunei sejak 23 Ogos 2007, dan mengutip sebanyak RM 2 juta sepanjang tayangannya di Malaysia. Inilah kali kedua Ahmad Idham mengarah sebuah filem bertema perlumbaan haram selepas Remp-It yang kontroversi pada tahun 2006.

Filem Impak Maksima turut disusuli oleh dua buah siri TV (Impak Maksima the Series dan Rempit vs Impak Maksima) dan sebuah pementasan muzikal Impak Maksima the Musical.Idea untuk tajuk filem ini lahir daripada sebuah lagu daripada kumpulan KRU iaitu Impak Maksima.