Ikatan ganda enam

Ikatan ganda enam ialah sejenis ikatan kovalen yang melibatkan 12 elektron mengikat dan dengan urutan ikatannya 6. Hanya terdapat dua molekul yang mempunyai ikatan ganda enam yang sebenar; dimolibdenum (Mo2) dan ditungsten (W2). Kedua-dua molekul ini adalah molekul dwiatom dan wujud dalam bentuk gas. Ada bukti yang kukuh yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana pasangan unsur di dalam jadual berkala yang boleh mengikat dengan urutan ikatan lebih daripada 6.