Idan Aedan

Idan Aedan
Kelahiran
Muhammad Shahidan bin Abdullah

(2004-07-02) 2 Julai 2004
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon, pengacara, model
Tahun aktif2013–kini

Muhammad Shahidan Abdullah atau lebih dikenali sebagai Idan Aedan (lahir 2 Julai 2004) ialah seorang pelakon dan pengacara televisyen Malaysia. Idan memulakan kerjaya lakonan menerusi peranan kecil dalam drama seawal usia 10 tahun setelah memenangi rancangan realiti TV3, Over The Top.

Idan kemudiannya mendapat peranan-peranan kecil dalam drama, tv komersial, dan penyampai/hos rancangan televisyen seperti watak anak kepada askar Myanmar dalam filem Operation Mekong (2016) dan video korporat untuk syarikat seperti Garena, Skyworld, Kiko, Schlumberger, dan banyak lagi. Idan kemudian menceburi bidang lakonon di layar perak melalui watak kecil-kecilan dalam telemovie Pulang (2015), Filem Pendek MyEG Raya Khilaf (2015), Jalan Belakang Rumah (2016), Supersains (2017), Anak Merdeka (2017), Oh My English (2017), Juan (2017), Luar Biasa (2017), The Bridge (2018), Jibril (2018), Genk Mak Mak (2019), Disney Wizards of The Warna Walk (2019), Kerana Korona (2020), Zombitopia (2021). Idan juga telah berjaya membuktikan bakat lakonannya melalui watak utama dalam pelbagai siri televisyen seperti Astro Ceria SMK Siri (2020), siri Netflix Mr. Midnight: Beware the Monsters (2022), Filem Anak Rimau (2022), pelbagai watak utama dalam video korporat dan tv komersial untuk syarikat seperti Milo, MDEC, KBS, Kementerian Perumahan, dan watak-watak dalam filem pendek.