Ibn Idhari
Ibn Idhari, nama penuh Abu al-Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn Idhari al-Marrakushi (Arab: أبو العباس أحمد ابن عذاري المراكشي). Ibn Idhari hidup pada lewat abad ke-13 dan awal abad ke-14 dan merupakan pengarang sebuah teks penting pada Zaman Pertengahan, (Al-Bayan al-Mughrib). Teks yang ditulis pada tahun 1312 M ini berkaitan dengan sejarah Maghreb (Maghribi dan Algeria) dan Semenanjung Iberia.
Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan pengarang ini yang dilahirkan di Al-Andalus dan tinggal di Marrakesh. Karya sejarahnya tentang Maghreb dan Iberia (Al-Andalus) disanjungi para penyelidik moden kerana karya tersebut mengandungi maklumat, termasuk petikan daripada karya-karya yang lebih tua dan kini hilang, yang tidak terdapat di tempat-tempat lain.