IWI Tavor

IWI Tavor TAR-21
Tavor TAR-21 di Muzium Sejarah Pasukan Pertahanan Israel
JenisBullpup,(raifal gempur, karbin, raifal penembak tepat bertanda, submesingan)
Tempat asalIsrael
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan2001–kini
Digunakan olehLihat Pengguna
Sejarah pengeluaran
PerekaIndustri Tentera Israel
Direka1995–2003
PengeluarIndustri Senjata Israel (IWI)
Juga dihasilkan dibawah lesen IWI oleh:
  • Punj Lloyd Sistem Raksha dari India
  • RPC Fort (dari Ukraine)
AnekaLihat Aneka
Spesifikasi
Berat3.27 kg (7.21 lb) (TAR-21)
3.18 kg (7.0 lb) (CTAR-21)
3.67 kg (8.1 lb) (STAR-21)
3.19 kg (7.0 lb) (TC-21)
Panjang720 mm (28.3 in) (TAR-21, STAR-21)
640 mm (25.2 in) (CTAR-21)
670 mm (26.4 in) (TC-21)
Panjang laras460 mm (18.1 in) (TAR-21, STAR-21)
380 mm (15.0 in) (CTAR-21)
410 mm (16.1 in) (TC-21)

Kartrij
AksiOmboh gas lejang-panjang, bolt berputar
Halaju muncung910 m/s (2,986 ft/s) (TAR-21, STAR-21)
890 m/s (2,919.9 ft/s) (CTAR-21)
885 m/s (2,903.5 ft/s) (TC-21)
Jarak tembakan efektif550 m
Sistem suapanKelopak STANAG bertanggal 30-pusingan peluru (5.56×45mm NATO)
PenglihatanPejera keluli bantuan dan rel Picatinny bersepadu disediakan untuk Meprolight MP 21, ITL MARS dengan laser bersepadu dan penunjuk IM (infra-merah), Trijicon ACOG, pejera holografik EOTech dan pejera optikal lain

IWI Tavor adalah sebuah raifal gempur bullpup Israel diruangkan di dalam kartrij 5.56 × 45mm NATO dengan sistem tembakan pilihan, yang memilih antara mod separa automatik dan mod tembak automatik penuh.

Tavor direka dan dihasilkan oleh Industri Senjata Israel (IWI). Ia dihasilkan dalam dua varian utama: TAR-21 dan CTAR-21.

Dihasilkan berdasarkan sistem operasi omboh gas lejang-panjang (seperti yang terdapat pada M1 Garand dan AK-47), Tavor direka untuk memaksimumkan kebolehharapan, ketahanan, kesederhanaan reka bentuk, dan kemudahan penyelenggaraan, terutamanya di bawah keadaan sukar atau di medan perang.

Pada 2009, Tavor X95 (juga dikenali sebagai Micro Tavor atau MTAR) dipilih oleh IDF untuk secara beransur-ansur menggantikan raifal gempur M16 dan varian karbin M4 sebagai senjata keluaran-piawai infantri Israel menjelang akhir 2018. Raifal X95 yang pertama telah dikeluarkan kepada unit infantri pada 2013.