Hutan dipterokarpa pamah
Hutan dipterokarpa pamah, hutan dipterokarpa tanah pamah atau hutan dipterokarpa tanah rendah ialah kawasan hutan yang selalu dijumpai dengan berketinggian 0 hingga 300 meter dari aras laut dan dijumpai dengan yang terdiri daripada tanah pamah, tanah beralun dan kaki bukit. Kawasan hutan ini mempunyai pelbagai spesies kayu balak komersial yang penting bagi negara Malaysia. Contoh kawasan yang terdapat hutan dipterokarpa pamah ialah Hutan Simpan Kechau, Hutan Simpan Rompin, Hutan Simpan Hulu Terengganu (Tambahan), Hutan Simpan Segari Melintang dan Hutan Simpan Balah.