Hukum termodinamik pertama
| Termodinamik |
|---|
|
Hukum termodinamik pertama merujuk kepada proses di mana haba dan kerja boleh dibezakan dan diukur.
Ia sering digambarkan melalui kenyataan bahawa dalam proses termodinamik peningkatan dalam tenaga dalaman sesuatu sistem menyamai dengan peningkatan haba yang dibekalkan kepada sistem, tolak peningkatan kerja yang dilakukan oleh sistem pada persekitarannya.
Hukum termodinamik pertama mematuhi prinsip keabadian tenaga. Tenaga boleh berubah, contoh. bertukar dari satu bentuk kepada bentuk yang lain, tetapi tidak boleh dicipta atau dimusnahkan.
Hukum ini juga menerangkan hubungan antara haba, Q dan kerja, W, yakni:
- Q = W