Hukum gas unggul

Hukum gas unggul ialah sebuah persamaan fizik yang menghuraikan keadaan-keadaan suatu gas unggul yang wujud dalam hipotesis. Hukum ini dinyatakan pada awalnya oleh Émile Clapeyron pada 1834 sebagai gabungan hukum Boyle, Charles, Avogadro dan Gay-Lussac. Hukum gas unggul lazimnya ditulis seperti yang berikut:

dengan P ialah tekanan, V ialah isi padu, n ialah jumlah bahan, R ialah pemalar gas unggul dan T ialah suhu mutlak.