Hukum Karma ialah album studio kedua oleh kumpulan muzik Wings yang dikeluarkan pada tahun 1988. Album pertama ini menampilkan Joe bekas kumpulan Scandals sebagai anggota baharu kumpulan Wings menggantikan tempat Syam sebagai gitar utama yang mengundurkan diri selepas album pertama mereka, Belenggu Irama dikeluarkan pada tahun 1987. Bersama Joe, Wings akhirnya dapat mengeluarkan album kedua mereka yang berjudul Hukum Karma pada 7 Oktober 1988. Album ini mengandungi beberapa lagu hits seperti "Taman Rasyidah Utama", "Misteri Mimpi Syakilla", "Opera Hidup", dan "Hukum Karma". Album ini ialah antara album yang mengangkat nama Wings.