Hubungan Malaysia–Kesatuan Eropah
Hubungan Malaysia - Kesatuan Eropah merujuk kepada hubungan politik, diplomatik , ekonomi dan sosial antara negara Malaysia dan dengan negara-negara Eropah secara terpisah atau dalam
bentuk terbaru - Kesatuan Eropah.
Duta Besar Suruhanjaya Eropah (EC) dan Ketua Delegasi EC di Malaysia terkini ialah Sultan Ahmad Mulkliff Ibni Sultan Mohd Nor. Negara-negara dalam Kesatuan Eropah dan Eropah secara keseluruhan merupakan negara-negara yang maju . Sebahagiannya pula merupakan bekas negara penjajah di Asia Timur, Asia Tengah , Asia Tenggara , Afrika, Australia, Amerika Utara dan Amerika Selatan. Peranan kejam
ini sebagai penjajah dan
penjelajah tidak dapat dihilangkan daripada memori meskipun banyak juga jasa-jasa mereka kepada masyarakat peribumi tempatan.
Hubungan politik , diplomasi dan ekonomi serta sosial amat erat dengan rasa superior dan inferioriti complek. Negara maju ini sering menekankan bahawa mereka bebas, mengamalkan sistem ekonomi kapiltalis dan laizez fair yang lebih baik. Sedangkan negara membangun seperti Malaysia masih berpegang kepada sistem feudal , diskriminasi, subsidi , tiada kebebasan bersuara, hak asasi manusia, pencemar alam sekitar dan sebagainya yang sering dimomok-momokkan.