Hospital Pulau Pinang

Hospital Pulau Pinang
Penang General Hospital (bahasa Inggeris)
槟城中央医院 (Cina)
பினாங்கு பொது மருத்துவமனை (Tamil)
5°24′59″N 100°18′40″E / 5.416517°N 100.311094°E / 5.416517; 100.311094
Residency Road, George Town, Penang
Organisasi
PembiayaanHospital kerajaan/pemerintah
JenisHospital besar/umum
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYes
Ketercapaian
Landas helikopterYes
Sejarah
Dibuka1854
Perangkaan
Katil1090
Pautan luar
Tapak sesawangjknpenang.moh.gov.my/jknpenang/index.php/my/agensi/hospital/hospital-pulau-pinang
Portal perubatan
sunting · sunting di Wikidata


Hospital Pulau Pinang merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di George Town , Pulau Pinang, Malaysia.

Hospital Pulau Pinang merupakan antara kemudahan rawatan kesihatan yang terawal di adakan di Malaysia. Pada mulanya, sebuah hospital sementara telah didirikan di sebuah tapak Hotel E & O sekarang pada tahun 1812.

Pada tahun 1854, seorang saudagar Cina yang bernama Ah Po telah membina sebuah hospital (Pauper’s Hospital) untuk merawat penagih candu. Tapak hospital ini kemudiannnya diserahkan kepada pihak Inggeris tahun 1882 dan digunakan bagi membina sebuah hospital yang sempurna.

Tapak ini kemudiannya digunakan bagi membina Hospital Besar Pulau Pinang dengan kos pembinaan ketika itu ialah RM$90,997.00.