Hoki padang di Sukan Olimpik Musim Panas 2012

Hoki padang
di Sukan Olimpik XXX
TempatRiverbank Arena
Tarikh29 Julai – 11 Ogos
Bil. acara2
Pesaing387 dari 15 negara

Hoki padang di Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London berlangsung dari 29 Julai hingga 11 Ogos di Arena Riverbank dalam Taman Olimpik.

Pada 13 November 2010 Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) memutuskan untuk memperuntukkan 12 pasukan bagi setiap acara lelaki dan wanita.

Jerman memenangi kejohanan lelaki untuk kali keempat, dan kejohanan wanita telah dimenangi oleh Belanda — gelaran hoki wanita Olimpik ketiga mereka.