Hoki Kelayakan Olimpik 2000

Kejohanan Hoki Kelayakan Olimpik 2000 telah diadakan di Osaka, Jepun pada 9 Mac 2000 hingga 20 Mac 2000. Sebanyak dua belas pasukan yang bertanding bagi merebut enam tempat yang ditetapkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa untuk layak ke Sukan Olimpik. Pasukan yang terlibat merupakan pasukan yang tidak menjuarai kejohanan di benua masing-masing.