Hoh Hee Lee

Dato' Hoh Hee Lee (lahir 20 Julai 1960) ialah peguam dan ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan mantan ADUN Balakong selama tiga penggal (1995-2008).

Dato'
Hoh Hee Lee
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Balakong
Dalam jawatan
1995–2008
Didahului olehkawasan dicipta daripada Kajang
Digantikan oleh Yap Lum Chin
Maklumat peribadi
Lahir20 Julai 1960
(64 tahun)
Parti politik Persatuan Cina Malaysia
Tempat belajarUniversity of London (LLB)
PekerjaanAhli Politik
Bidang pengkhususanPeguam

Beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional/MCA dalam pilihan raya umum Malaysia 2004. Selepas itu, beliau juga bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia 2008 di peringkat kerusi parlimen Serdang, Selangor. Namun begitu, beliau tewas kepada saudari Teo Nie Ching (Pakatan Rakyat-DAP) dengan mendapat 47,444 undian. Datuk Hoh Hee Lee pula hanya mendapat 26,419 undi. Dalam pilihan raya umum Malaysia 2004, parlimen Serdang dimenangi oleh Datuk Yap Pian Hong dari BN/MCA.

Beliau merupakan seorang peguam dan pejabatnya terletak di Jalan Balakong, Cheras, Selangor.