Hindu Kush

Hindu Kush
Topografi Hindu Kush
Titik tertinggi
PuncakTirich Mir
Ketinggian7,708 m (25,289 ka)
Koordinat36°14′45″N 71°50′38″E / 36.24583°N 71.84389°E / 36.24583; 71.84389
Geografi
Negara
RegionAsia Selatan dan Tengah
Induk banjaranHimalaya

Hindu Kush (Pashto dan Parsi: هندوکش, "perbatasan orang Hindu") ialah sebuah banjaran gunung dengan panjang kira-kira 800 kilometer dari pusat Afghanistan dan melalui utara Pakistan dan seterusnya Tajikistan dan China. Perkataan Hindu Kush membawa makna bahawa pergunungan ini membahagikan golongan Aryan Hindu dari Asia Tengah. Banjaran ini disifatkan sebagai sempadan barat laut Asia Selatan.

Banjaran ini membentuk kawasan barat Kwaasan Himalaya Hindu Kush (Hindu Kush Himalayan Region, HKH) serta kawasan paling barat bagi Pergunungan Pamir, Karakoram dan Himalaya. Banjaran ini memiliki banyak puncak bersalji dengan puncak tertinggi ialah Tirich Mir dengan ketinggian 7,708 meter di Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan.