Himalaya Airlines

Himalaya Airlines
IATA ICAO Pengenal
H9 HIM HIMALAYA
Ditubuhkan19 Ogos 2014
Bermula operasi31 Mei 2016
HabLapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (Kathmandu)
Pesawat3
Destinasi5
Ibu pejabatGairidhara, Kathmandu, Nepal
Orang penting
  • Ang Tshiring Sherpa, pengerusi
  • Zhao Guo Quiang, presiden
Laman webwww.himalaya-airlines.com

Himalaya Airlines (Bahasa Nepal: हिमालय एअरलाइन्स्, Himālaya earalāins) ialah sebuah syarikat penerbangan Nepal yang beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu, Nepal. Himalaya Airlines ditubuhkan pada 2014 sebagai usaha sama antara Yeti World Investment dan Tibet Airlines. Syarikat penerbangan itu memulakan operasi penerbangan berjadualnya yang pertama pada 31 Mei 2016 terbang terus ke Doha, Qatar. Syarikat penerbangan itu menyediakan servis penerbangan ke lima destinasi daripada April 2018.