Helianthus tuberosus

Helianthus tuberosus
Stem with flowers
Umbi direbus
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Asteridae
Order:
Keluarga:
Genus:
Helianthus
Spesies:
tuberosus
Nama binomial
H. tuberosus
Sinonim
  • Helianthus esculentus Warsz.
  • Helianthus serotinus Tausch
  • Helianthus tomentosus Michx.
  • Helianthus tuberosus var. subcanescens A.Gray

Helianthus tuberosus atau topinambur adalah spesies bunga matahari berasal dari tengah benua Amerika Utara. Ia ditanam secara meluas di seluruh zon iklim sederhana untuk mendapatkan umbinya yang digunakan sebagai sayur.

Tumbuhan ini diberi nama umum dalam bahasa Inggeris Jerusalem artichoke ("articok/kharsyuf Yerusalem") sedangkan ia sendiri tidaklah berupa sayur bunga itu mahupun berasal dari Baitulmaqdis (Jerusalem): ia datang daripada pengamatan penjelajah Perancis Samuel de Champlain yang mendapatkan sampel pertama tanaman ini dari Amerika Utara mencatatkan rasa umbinya menyerupai sayur articok. Nama "Yerusalem" pula datang daripada orang-orang imigran Itali di Amerika Syarikat yang memanggil tanaman ini girasole "bunga matahari" kerana rupa bunganya lama-kelamaan terubah menjadi kata Jerusalem.