Hazwani Helmi

Hazwani Helmi
Kelahiran
Nur Hazwani Afiqah binti Helmi

(1997-01-29) 29 Januari 1997
PendidikanIjazah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan dalam Psikologi
Pusat pendidikanUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, penceramah, pengacara, model, pelakon, aktivis
Tahun aktif2015–kini
SaudaraHeliza Helmi (kakak)

Nur Hazwani Afiqah Helmi (lahir 29 Januari 1997) ialah penyanyi penulis lagu, pengacara TV, pelakon, model, dan aktivis kemanusiaan wanita Malaysia. Dikenali secara meluas sebagai Beatboxer Muslimah, beliau mula menulis lagu pada usia 13 tahun. Karya pertama beliau bertajuk "Jom Zikir" yang ditulis sendiri dalam album kakaknya iaitu, Heliza Helmi #JOM pada tahun 2013. Beliau memulakan kerjayanya di industri hiburan pada usia awal, dan dikenali sebagai salah seorang komposer termuda pada masa itu. Beliau dan kakaknya (The Helmis) ialah pemenang tempat keempat Astro Oasis, "Gema Gegar Vaganza" musim 2 pada 2018.