Hayasa-Azzi

Hayasa-Azzi atau Azzi-Hayasa, Haisa (Hittite: URUḪaiaša-; Bahasa Armenia: Հայասա) ialah sebuah gabungan dari Zaman Gangsa Akhir di Tanah Tinggi Armenia dan/atau wilayah Pontic di Asia Kecil, di utara Sungai Furat dan di Selatan Hayasa. Gabungan Hayasa-Azzi berkonflik dengan Empayar Hittite pada abad ke-14 SM, menyebabkan kejatuhan Hatti sekitar 1190 SM. Hayasa-Azzi sudah lama dipercayai memainkan peranan besar dalam pembentukan etnik Armenia.

Tidak diketahui sama ada bahasa mereka ialah Indo-Eropah atau Hurri kerana tiada rekod bahasa mereka.