Bahasa Het

Het
𒌷𒉌𒅆𒇷 nešili
KawasanAnatolia
Eradibuktikan wujud abad ke-17 – ke-12 SM
Tulisan pepaku Het
Kod bahasa
ISO 639-2hit
ISO 639-3Pelbagai:
hit – Hittite
oht – Bahasa Het Kuno
htx – Bahasa Het Pertengahan
nei – Bahasa Het Baru
hit Het
 oht Het Kuno
 htx Het Pertengahan
Glottologhitt1242

Bahasa Het (natively: 𒌷𒉌𒅆𒇷, rumi: nešili / "bahasa Neša", atau nešumnili / "bahasa orang Neša"; Jawi: بهاس هيت), juga dikenali sebagai bahasa Nesa (Neša/Nesya, Nessa; Jawi: بهاس نيسا), ialah suatu bahasa Indo-Eropah yang telah pupus. Ia dituturkan oleh orang Het, penduduk Anatolia Zaman Gangsa yang empayarnya berpusat di Hattusa, serta bahagian Masyrik utara dan Mesopotamia Hulu. Bahasa itu yang kini sudah lama pupus, ditulis dengan tulisan pepaku dan digunakan dalam catatan-catatan dari abad ke-17 (teks Anitta) hingga abad ke-13 SM. Ia mempunyai beberapa kata pinjaman bahasa Het dan banyak nama individu daripada bahasa Assyria Kuno palin awal dari abad ke-20 SM, menjadikannya bukti bertulis tertua bahasa Indo-Eropah.

Menjelang Zaman Gangsa Lewat, bahasa Het mula digantikan dengan bahasa saudara terdekatnya, bahasa Luwi. Pada abad ke-13 SM, bahasa Luwi adalah bahasa yang paling banyak digunakan di ibu kota Empayar Het, Hattusa. Selepas kejatuhan Kerajaan Baru Het semasa keruntuhan Zaman Gangsa Lewat, bahasa Luwi menjadi bahasa utama di negeri-negeri Syam-Het, di barat daya Anatolia dan utara Syria, pada permulaan Zaman Besi.