Haumea (planet kerdil)

Haumea
Haumea dengan bulannya Hiʻiaka dan Namaka.
Penemuan
Ditemui olehBrown et al.; Ortiz et al.
Tarikh penemuan28 Disember 2004 (Brown et al.); Julai 2005 (Ortiz et al.)
Designasi
Designasi planet minor(136108) Haumea
Sebutan/hˈm.ə, ˌhɑː-/
Dinamakan sempenaHaumea
Kategori planet minorPlanet kerdil, plutoid
Ciri-ciri orbit
Epok 09-12-2014 (JD 2457000.5)
Afelion51.483 AU
(7.702 Tm)
Perihelion34.952 AU
(5.229 Tm)
Paksi semimajor43.218 AU
(6.465 Tm)
Argumen perihelion240.20°
Satelit2
Ciri-ciri fizikal
Dimensi2,322 × 1,704 × 1,138 km
1,920 × 1,540 × 990 km
Min jejari816 km
620+34
−29
 km
(Herschel)
690 km
Luas permukaan9.2×106 km2
Isi padu2.4×109 km3
Jisim(4.006±0.040)×1021 kg
0.00066 Bumi
Min ketumpatan2.6 g/cm3
1.885–1.757 g/cm3
Graviti permukaan khatulistiwa≈0.402 m/s2
Halaju lepas≈0.809 km/s
Tempoh putaran ikut bintang0.163146±0.000004 h
(3.9155±0.0001 h)
Albedo0.804+0.062
−0.095

0.70–0.75 
0.51 ± 0.02
Suhu< 50 K
Magnitud mutlak (H)0.2

sunting

Haumea (simbol: ) merupakan sebuah planet kerdil dalam sistem suria. Pengkajian mengenainya diumumkan pada tahun 2005 oleh sekumpulan ahli astronomi iaitu Michael E. Brown, Chad Trujillo dan David Rabinowitz daripada Amerika Syarikat serta J. L. Ortiz daripada Sepanyol. Walau bagaimanapun, kumpulan Ortiz dianggap penemu pertama Huamea oleh Pusat Planet Minor (MPC). Haumea dikelaskan sebagai planet kerdil pada 17 September 2008.

Planet ini merupakan sebahagian daripada Objek Trans-Neptun kerana ia mengorbit matahari melepasi planet Neptun. Seperti Marikh, planet ini juga mempunyai dua bulan yang dinamakan sebagai Hiʻiaka dan Namaka.

Jasad ini dinamakan sempena dewi keibuan dan kesuburan dipercayai dalam kalangan masyarakat peribumi kepulauan Hawaii dalam serapah Kumulipo:

Hanau o Haumea he wahine, i noho ia Kanaloa-akua [...] Laha Haumea i na mo‘opuna ...
("Lahirnya Haumea yang perempuan, duduknya dia dengan Kanaloa sang Tua [...] / Tersebarnya [darahnya] dalam cucu-cicitnya...)