Hatsune Miku: Project DIVA (permainan video)
| Hatsune Miku: Project DIVA | |
|---|---|
| Pembangun | Sega Crypton Future Media Dingo |
| Penerbit | Sega Dwango Music Entertainment |
| Siri | Hatsune Miku: Project DIVA |
| Enjin | Alchemy |
| Pelantar | PlayStation Portable PlayStation 3 (Dreamy Theater) |
| Dilancarkan pada |
|
| Genre | Permainan berirama |
| Mod | Pemain tunggal |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Hatsune Miku: Project DIVA (初音ミク -Project DIVA-) ialah permainan berirama yang dicipta oleh Sega dan Crypton Future Media menggunakan perisian PlayStation Portable pada tahun 2009. Permainan ini pertama kali dikeluarkan pada 2 Julai, 2009 di Jepun tanpa pelepasan antarabangsa. Permainan ini terutamanya menggunakan Vocaloid, satu siri perisian pensintesis nyanyian, dan lagu-lagu yang dicipta dengan menggunakan Vocaloid ini paling ketara dinyanyikan oleh diva-maya Vocaloid, Hatsune Miku. Permainan ini adalah permainan video yang pertama menggunakan perisian Vocaloid yang dibangunkan oleh Yamaha.
Di samping itu, Sega telah mengedarkan Hatsune Miku: Project DIVA Dreamy Theater, satu permainan boleh dimuat turun di Rangkaian PlayStation bagi PlayStation 3. Ia membenarkan pemain untuk memainkan Project DIVA di atas peranti PlayStation 3 dengan visual yang terkini walaupun ia memerlukan PlayStation Portable untuk dipasangkan ke PlayStation 3 melalui kabel USB.