Hatshepsut

Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Infobox firaun dengan parameter tidak diketahui "Pronomen"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Infobox firaun dengan parameter tidak diketahui "Issues"

Hatshepsut (kadang-kala dieja Hatchepsut yang bermaksud Wanita Bangsawan Terulung) adalah firaun kelima dari Dinasti ke-18 di Mesir purba. Para Egiptologi umumnya menganggap baginda sebagai salah seorang firaun perempuan yang paling berjaya di Mesir, yang memerintah lebih lama daripada pemerintah perempuan manapun dalam sesebuah dinasti asal.

Hatshepsut dipercayai pernah memerintah sebagai salah seorang pemerintah dari sekitar 1479 hingga 1458 SM (Tahun ke-7 hingga ke-21 Thutmose III). Baginda dianggap sebagai permaisuri yang paling awal memerintah oleh itu baginda dikenali di dalam sejarah mesir purba dan juga yang kedua diketahui menaiki takhta sebagai "Raja Mesir Hulu dan Hilir" setelah Permaisuri Sobekneferu dari Dinasti ke-12.

Pada 27 Jun 2007, sebuah mumia dalam makam KV60 di Lembah Raja-raja dikenalpasti sebagai Hatshepsut.