Harvey Weinstein
Harvey Weinstein CBE | |
|---|---|
Weinstein pada April 2011 | |
| Kelahiran | 19 Mac 1952 Bandar Raya New York, New York, A.S. |
| Pekerjaan | Penerbit filem |
| Tahun aktif | 1979–2017 |
| Pasangan | Eve Chilton (k. 1987; c. 2004) Georgina Chapman (k. 2007; sep. 2017) |
| Anak-anak | 5 |
| Saudara | Bob Weinstein (adik) |
Harvey Weinstein CBE (/ˈwaɪnstiːn/; lahir 19 Mac 1952) merupakan bekas penerbit filem dan penjenayah rogol Amerika Syarikat. Beliau dan adiknya Bob Weinstein ikut menubuhkan syarikat perfileman Miramax, yang menerbitkan beberapa filem bebas yang berjaya, termasuk Sex, Lies, and Videotape (1989), The Crying Game (1992), Pulp Fiction (1994), Heavenly Creatures (1994), Flirting with Disaster (1996), dan Shakespeare in Love (1998). Weinstein memenangi Anugerah Akademi kategori filem terbaik seperti Shakespeare in Love, dan menerima tujuh Anugerah Tony kategori drama dan muzikal, termasuk The Producers, Billy Elliot the Musical, dan August: Osage County. Selepas meninggalkan Miramax, Weinstein dan adiknya Bob menubuhkan The Weinstein Company, sebuah studio filem separa bebas. Weinstein bersaudara ialah ketua syarikat tersebut dari 2005 hingga 2017.
Pada Oktober 2017, berikutan tuduhan serangan seksual terhadap Weinstein, beliau dipecat dari syarikat dan disingkirkan dari Akademi Sains dan Seni Perfileman. Pada 31 Oktober, lebih dari 80 wanita menuduh Weinstein. Dakwaan tersebut mencetuskan kempen media sosial #MeToo dan banyak tuduhan penderaan seksual serupa terhadap dan pemecatan banyak individu berpengaruh yang berdepan dengan kes serupa, yang disebut sebagai kesan Weinstein. Pada 25 Mei 2018, Weinstein ditangkap di Bandar Raya New York, didakwa melakukan pemerkosaan dan pelanggaran lainnya, tetapi dibebaskan dengan jaminan.