Harumanis

Harumanis ialah sejenis kultivar mempelam yang ditanam di Malaysia. Di Malaysia, buah ini sinonim dengan negeri Perlis tetapi berasal dari Sungai Nibong, Sabak Bernam, Selangor. Digelar harumanis kerana ia mengeluarkan aroma yang harum dan rasanya yang manis. Isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Ia juga enak dimakan begitu sahaja ataupun diproses dalam bentuk jus atau jem.