Harry Potter and the Chamber of Secrets
Kulit buku terjemahan bahasa Melayu Malaysia | |||
| Umum | |||
|---|---|---|---|
| Pengarang | J. K. Rowling | ||
| Negara | United Kingdom | ||
| Bahasa | English | ||
| Siri | Harry Potter | ||
| Genre | Fantasy | ||
| Penerbitan | |||
Bil. pelancaran | ke-2 in series | ||
| Penerbit |
| ||
Tarikh penerbitan | 2 Julai 1998 (UK) 2 Jun 1999 (US) | ||
| Halaman | 251 (UK Edition) 360 (2014 UK Edition) 341 (US Edition) 368 (2013 US Edition) | ||
| Kawalan kewibawaan | |||
| ISBN | ISBN 0-7475-3849-2 | ||
| Kronologi | |||
| |||
Harry Potter and the Chamber of Secrets (tajuk Malaysia Harry Potter dan Bilik Rahsia, tajuk Indonesia Harry Potter dan Kamar Rahasia) adalah sebuah novel fantasi karya asal J. K. Rowling yang merupakan buku kedua dalam siri Harry Potter.
Buku ini telah diterbitkan di United Kingdom pada 2 Julai 1998 oleh Bloomsbury dan di Amerika Syarikat pada 2 Jun 1999 oleh Scholastic Inc. Walaupun Rowling menghadapi kesukaran semasa menyiapkan buku ini, ia meraih pujian tinggi dan anugerah dari pengkritik, pembaca muda dan industri buku, walau bagaimanapun terdapat beberapa pengkritik menyatakan bahawa buku ini terlalu menakutkan buat kanak-kanak yang lebih muda. Seperti buku-buku lain dalam siri ini, buku ini juga mencetuskan debat keagamaan; beberapa badan keagamaan mengutuk penggunaan tema sihir dan magis, sementara yang lain memuji penekanan terhadap nilai pengorbanan dan cara membentuk peribadi seseorang adalah hasil daripada keputusan yang dibuat oleh individu itu sendiri.
Beberapa pengulas menyedari bahawa tema identiti peribadi amat kuat di dalam buku ini dan juga menunjukkan isu-isu perkauman melalui layanan terhadap persona bukan magis (Muggle), persona bukan manusia dan makhluk-makhluk bukan hidup. Beberapa pengulas juga menganggap objek diari dalam buku ini adalah sebagai satu amaran terhadap penerimaan maklumat yang tidak kritikal dari sumber yang motif dan kebolehpercayaannya tidak boleh diperiksa. Pihak berkuasa digambarkan sebagai mementingkan diri sendiri dan tidak cekap. Buku ini juga mempunyai pertalian dengan buku keenam, Harry Potter dan Putera Berdarah Kacukan.
Adaptasi filem terhadap buku ini yang dikeluarkan pada 2002 (pada masa itu) adalah filem ketujuh terlaris dan menerima pujian yang memberangsangkan.