Harimau bintang salji

Harimau bintang salji
Harimau bintang salji
di Taman Zoologi Cologne
CITES Appendix I (CITES)
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Suborder: Feliformia
Keluarga: Felidae
Genus: Panthera
Spesies:
P. uncia
Nama binomial
Panthera uncia
(Schreber, 1775)
Subspesies

Lihat teks

Peta taburan
Sinonim
  • Felis irbis Ehrenberg, 1830 (= Felis uncia Schreber, 1775), by subsequent designation (Palmer, 1904).
  • Uncia uncia Pocock, 1930

Harimau bintang salji (nama saintifik: Panthera uncia) merupakan sejenis haiwan pemangsa berbadan besar seperti harimau bintang dengan bulu pudar bertompok-tompok. Ia ditemukan di kawasan pergunungan salji Asia Tengah, dari Afghanistan hingga bahagian timur Tibet. Ia pernah digolongkan dalam genus Uncia pada awal 1930-an.

Walaupun dilindungi di hampir semua negara tempat spesies ini berada, Harimau bintang salji masih diburu secara liar kerana memangsa haiwan ternakan dan terutamanya untuk diambil bulunya. Harimau Tutul Salji dinilai Terancam Pupus di dalam Senarai Merah IUCN dan tersenarai di dalam CITES Appendix I.