Haridwar
Haridwar (IAST: HaridvÄra) (dahulu dikenali sebagai Mayapuri) ialah sebuah bandar dan majlis perbandaran dalam daerah Haridwar, Uttarakhand, India. Ia terletak 263 km dari New Delhi, di tebing kanan sungai Ganga, di kaki bukit Siwalik dalam daerah Saharanpur, Uttaranchal. Dengan jumlah penduduk sebanyak 228,832 pada tahun 2011, ia merupakan bandar kedua terbesar di negeri tersebut dan yang terbesar di daerah itu.
Haridwar (bermaksud "pintu masuk kepada [Tuhan] Hari") juga dieja sebagai Haradwar atau Hardwar, merupakan salah satu tempat ziarah Hindu paling terkenal yang terletak di tepi sungai Ganga. Ia dianggap sebagai pintu masuk kepada dua tempat suci di Himalaya, iaitu Badrinath dan Kedarnath, yang masing-masing berkaitan dengan dewa Hari (Vishnu) dan Hara (Shiva). Oleh itu, tempat ini dinamakan Haridwar atau Haradwar.
Kawasan Haridwar yang lebih luas merangkumi Haridwar sendiri, Mayapuri, Kanakhala, Jwalapur dan Bhimagoud, iaitu kawasan-kawasan di sekitarnya. Rishikesh, terletak 40 km dari Haridwar, merupakan tempat tinggal ramai sami yang mendirikan asrama pertapaan dan mengamalkan kehidupan rohani serta pengajian spiritual.