Hari Patriot (April)
| Patriots' Day | |
|---|---|
Patung Lexington Minuteman di Lexington Green di Lexington, Massachusetts. | |
Diraikan oleh/di | Massachusetts, Maine, Wisconsin |
| Jenis | Bersejarah |
| Kepentingan | Battles of Lexington and Concord |
| Sambutan | Boston Marathon |
| Upacara | Battles of Lexington and Concord |
| Tarikh | Ketiga Isnin pada April |
| Tarikh 2024 | April Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka |
| Tarikh 2025 | April Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka |
| Tarikh 2026 | April Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka |
| Tarikh 2027 | April Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka |
Hari Patriot (nama rasmi: Patriots' Day di negeri Massachusetts and Patriot's Day di negeri Maine) merupakan cuti umum yang memperingati ulang tahun Pertempuran Lexington dan Concord, iaitu pertempuran-pertempuran terawal dalam Perang Revolusi Amerika. Ia disambut pada hari Isnin ketiga pada bulan April di Massachusetts dan Maine (yang pernah menganggotai Massachusetts), dan juga cuti umum sekolah awam di Wisconsin. Hari ini disambut dengan keraian dan pembuatan semula pertempuran-pertempuran berkenaan setiap tahun di Lexington Green di Lexington, Massachusetts, (sekitar 6:00 pagi) dan Old North Bridge di Concord, Massachusetts, (sekitar 9:00 pagi). Pada waktu pagi, kumpulan pelakon berkuda dengan iringan polis negeri menjejak kembali pengembaraan Paul Revere dan William Dawes menjeritkan amaran sepanjang jalan.