Hapsburg
| Kerabat Habsburg | |
|---|---|
| Negara | Austria, Kerajaan beraja Germany, Empayar Suci Rom, Sicily, Naples, Sepanyol, Hungary-Croatia, Empayar Mexico, Bohemia, Portugal dan negeri-negeri bersejarah kecil lain |
| Gelaran |
|
| Diasaskan | kurun ke-11: Radbot, Count dari Habsburg |
| Pemerintah terakhir | Cabang Sepanyol: Charles (November 1, 1700) Cabang Austria: Maria Theresa (November 29, 1780) |
| Pembubaran | 1700:(selepas kematian Charles II dari Sepanyol) 1780:(selepas kematian Maria Theresa dari Austria) |
| Etnik | Jerman, Austria, Sepanyol |
| Cabang kadet |
|
Kerabat Habsburg (/ˈhæps.bɜːrɡ/; Sebutan bahasa Jerman: [ˈhaːps.bʊʁk]), juga dieja Hapsburg, adalah salah satu kerabat diraja yang penting di Eropah. Takhta Empayar Suci Rom diisi oleh kerabat Habsburg di antara tahun 1438 sehingga 1740. Kerabat ini juga menghasilkan para maharaja dan raja kepada Bohemia, England (Jure uxoris King), Perancis {Queen consort}, Jerman, Hungary, Rusia, Croatia, Mexico, Ireland, Portugal, dan Habsburg Sepanyol, selain pemerintah bagi beberapa wilayah Belanda dan Itali.
Kerabat ini mendapat namanya daripada istana kota Habsburg, sebuah kubu yang dibina pada tahun 1020-an yang kini terletak di Switzerland oleh Count Radbot dari Klettgau, yang mana mengambil keputusan untuk menamakan kubu beliau sebagai Habsburg. Cicit beliau, Otto II, adalah orang pertama yang meletakkan nama kubu ini pada nama gelaran beliau, dengan menambah "Count dari Habsburg". Kerabat Habsburg mendapat momentum sebagai sebuah dinasti pada kurun ke-11 sehingga kurun ke-13.
Menjelang tahun 1276, keturunan generasi ke-7 Count Radbot, Rudolph dari Habsburg, telah memindahkan pangkalan kuasa dinasti ini dari istana kota Habsburg Castle ke Duchy Austria. Rudolph kemudian menjadi Raja Jerman pada tahun 1273, dan dinasti Kerabat Habsburg diperkukuhkan pada tahun 1276 apabila Rudolph menjadi pemerintah Austria, yang mana di bawah pemerintahan Habsburgs sehingga tahun 1918.
Beberapa siri perkahwinan dinasti membolehkan keluarga ini melebarkan penguasaannya termasuk Burgundy, Sepanyol dan empayar jajahannya, Bohemia, Hungary, dan wilayah-wilayah lain. Pada kurun ke-16; kerabat ini berpecah kepada Habsburg Sepanyol yang lebih tua dan cabang-cabang Monarki Habsburg, yang mana melangsaikan tuntutan mereka secara persetujuan bersama dalam perjanjian Oñate.
Kerabat Habsburg mula pupus pada kurun ke-18. Cabang kanan berakhir selepas kematian Charles II dari Sepanyol pada tahun 1700 dan digantikan dengan Kerabat Bourbon. Cabang lain (melalui waris lelaki) yang masih tinggal mula pupus pada tahun 1740 dengan kematian Charles VI dan berakhir sepenuhnya pada tahun 1780 dengan kematian anak perempuan bongsu beliau, Maria Theresa dari Austria. Beliau digantikan dengan cabang Vaudemont dari Kerabat Lorraine. Kerabat pengganti baru menggunakan gelaran rasmi Kerabat Habsburg-Lorraine (Jerman: Habsburg-Lothringen), walaubagaimanapun ia sering kali dirujuk sebagai Kerabat Habsburg.