Maria Theresa
| Maria Theresa | |||||
|---|---|---|---|---|---|
Potret oleh Martin van Meytens, 1759 | |||||
| Maharani Suci Rom | |||||
| Tempoh | 13 September 1745 – 18 Ogos 1765 | ||||
| Ratu Bohemia | |||||
| Pemerintahan | 12 Mei 1743 – 29 November 1780 | ||||
| Kemahkotaan | 12 Mei 1743 | ||||
| Didahului oleh | Charles Albert | ||||
| Diikuti oleh | Joseph II | ||||
| Pemerintahan | 20 Oktober 1740 – 19 December 1741 | ||||
| Didahului oleh | Charles II | ||||
| Diikuti oleh | Charles Albert | ||||
| Duchess Agung Austria Ratu Hungary dan Croatia | |||||
| Pemerintahan | 20 Oktober 1740 – 29 November 1780 | ||||
| Kemahkotaan | 25 Jun 1741 | ||||
| Didahului oleh | Charles III | ||||
| Diikuti oleh | Joseph II | ||||
| Keputeraan | 13 Mei 1717 Vienna, Austria | ||||
| Kemangkatan | 29 November 1780 (umur 63) Vienna, Austria | ||||
| Pemakaman | Kripta Maharaja | ||||
| Pasangan | Francis III Stephen, Duke Lorraine (k. 1736; m. 1765) | ||||
| Anakanda lebih... |
| ||||
| |||||
| Kerabat | Habsburg | ||||
| Ayahanda | Charles VI, Empayar Suci Rom | ||||
| Bonda | Elisabeth Christine dari Brunswick-Wolfenbüttel | ||||
| Agama | Roman Katolik | ||||
| Tandatangan | |||||
Maria Theresa Walburga Amalia Christina (Jerman: Maria Theresia; 13 Mei 1717 – 29 November 1780) merupakan pemerintah dominion Habsburg dari tahun 1740 sehingga kemangkatannya pada 1780, dan dalam sejarah Monarki Habsburg, baginda merupakan satu-satunya wanita yang memegang jawatan tersebut secara mutlak serta memerintah empayar atas hak baginda sendiri. Baginda merupakan pemerintah berdaulat serta ketua negara bagi Austria, Hungary, Croatia, Bohemia, Transylvania, Moravia, Mantua, Milan, Lodomeria dan Galicia, Belanda Austria, Dalmatia dan Parma. Melalui perkahwinan, baginda merupakan Duchess Lorraine, Grand Duchess Tuscany dan Maharani Suci Rom. Baginda adalah pemerintah Habsburg yang paling lama memerintah iaitu 40 tahun, dalam tempoh itu, baginda telah melakukan reformasi secara besar-besaran didalam pentadbiran, pendidikan, memperkukuhkan institusi kewangan negara serta menggalakkan dan membuka bidang pertanian di beberapa tanah jajahan baginda. Selain itu, baginda telah merombak dan menyusun semula pasukan ketenteraan Austria, hasilnya pasukan ketenteraan Austria muncul sebagai salah satu pasukan ketenteraan yang terkuat dibenua Eropah.