Uhud

Uhud
جبل أحد
Titik tertinggi
Ketinggian1,077 m (3,533 ka)
Koordinat24°30′13″N 39°36′56″E / 24.50361°N 39.61556°E / 24.50361; 39.61556
Geografi
LokasiMadinah al-Munawwarah, Arab Saudi

Bukit Uhud atau Gunung Uhud (Arab: جبل أحد) ialah sebuah bukit yang terletak di utara kota Madinah, Arab Saudi dengan ketinggian 1077 meter. Batuan Uhud lazimnya terdiri daripada granit merah.

Di sinilah terjadinya Perang Uhud pada Syawal 3 H / Mac 625 M. Tentera Muslim yang awalnya menguasai pertempuran meninggalkan kedudukan strategik mereka di atas bukit. Ini membolehkan angkatan berkuda Quraisy Makkah di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid mengelilingi bukit dan menyerang dari belakang, 'menewaskan' orang Islam Madinah. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri cedera agak teruk.