Hamida Djandoubi
Hamida Djandoubi | |
|---|---|
| Fail:Hamida Djandoubi.jpg Hamida Djandoubi, menantikan hadirin perbicaraan, Februari 1977 | |
| Kelahiran | 22 September 1949 Tunisia Perancis |
| Meninggal dunia | 10 September 1977 (umur 27) Penjara Baumettes, Marseille, Republik Perancis |
| Sebab kematian | Dihukum bunuh dengan gilotin |
| Dikebumikan | Cimetière Saint-Pierre, Marseilles |
| Warganegara | Tunisia |
| Nama lain | "Pimp Killer" (Pembunuh Muncikari) |
| Pekerjaan | Tukang landskap, muncikari |
| Status jenayah | Dihukum mati dengan gilotin pada 10 September 1977 |
| Motif | Membalas dendam atas tuduhan jenayah sebelumnya |
| Sabitan | Bersalah atas semua tuduhan (25 Februari 1977) |
| Pertuduhan jenayah | Muncikari Rogol (2 kiraan) Pembunuhan penderaan Keganasan terancang (3 kiraan) |
| Penalti | Hukuman mati (25 Februari 1977) |
| Butiran | |
| Mangsa | Élisabeth Bousquet, 22 |
| Tarikh | Awal 1973 (melacur) – 3 Julai 1974 (membunuh) |
| Lokasi | Marseilles Lançon-Provence |
Tarikh ditahan | 11 Ogos 1974 |
Hamida Djandoubi (Arab: حميدة جندوبي ; 22 September 1949 di Tunis, Tunisia – 10 September 1977 di Marseilles, Perancis) merupakan orang Tunisia yang dihukum hukuman mati di Perancis. Dia seorang pekerja pertanian Tunisia dan pembunuh yang disabit. Dia berpindah ke Marseille, Perancis, pada tahun 1968 dan enam tahun kemudian dia menculik, mendera dan membunuh Élisabeth Bousquet, 22 tahun, bekas teman wanitanya. Dia dihukum mati pada bulan Februari 1977 dan dijalankan hukuman mati dengan gilotin pada bulan September tahun itu. Dia merupakan orang yang terakhir dijalankan hukuman mati di Eropah Barat, dan dia juga orang terakhir dijalankan hukuman mati dengan dipenggal kepala di mana-mana tempat di dunia Barat. Namun, dia bukan orang yang terakhir dihukum hukuman mati di Perancis. Marcel Chevalier berkhidmat sebagai ketua pertanda.